Maklumat Buku

Oleh: Salza Bab Satu 5 tahun lepas… “Wah,untunglah kau Aisya,bakal suami kau hensem gila!”Ucap Hana lalu melabuhkan punggung di sebelah temannya yang sudah dihias cantik. Aisya tersipu malu,dia sendiri belum melihat wajah bakal suaminya.Sebentar lagi penikahannya akan berlangsung. “Janganlah cakap kuat-kuat,aku malulah.” “Haisy,kau nak malu apa?Kejap lagipun dia dah nak jadi suami kau.Sepatutnya kau bangga tau sebab dapat laki hensem macam tu.” Hana tersenyum,sebentar tadi dia sudahpun melihat lelaki yang bernama Daniel.Memang bakal suami temannya itu mempunyai paras rupa yang menarik dan bentuk badan yang boleh membuatkan ramai perempuan tergilakannya. “Dah la,kau puji-puji laki aku ni ,habis kau tu bila lagi?” Hana sengih.Memang dia belum mempunyai calon untuk dijadikan suami,bukan dia tidak mahu bernikah,tapi tulah disebabkan sikapnya yang agak kasar ini ramai lelaki yang sering menghindar darinya. “Alah,aku baru masuk 24 tahun la Aisya.Muda lagi.”Jawabnya perlahan. “Muda apanya,kawan-kawan kita semua dah kahwin,kejap lagi aku pulak!Layaknya kita dah jadi mak orang tau tak?” “Isy,ni yang malas aku nak cakap.Kau takpalah Aisya,mak kau tak memilih.Tapi mak aku semuanya dia nak yang perfect,mana aku nak cari?Tu pun nasib baik dia tolak pinangan Daniel dulu,kalau tak dah lama aku kahwin dengan dia. Kang melepas kau…” Aisya ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.Dia teringatkan peristiwa sebulan yang lepas,kalau tidak kerana Daniel berbohong pasal kerjayanya,pasti Hana dah kahwin dengan lelaki yang akan menjadi suaminya sebentar lagi.Daniel merupakan seorang ahli koprat dari Kuala Lumpur,turun ke kampungnya semata-mata ingin mencari calon isteri.Orang pertama dia jumpa adalah Makcik Temah,ibu Hana.Memang pada mulanya dia berniat ingin menyunting Hana sebagai suri hatinya,sengaja Daniel menyamar sebagai pekerja kilang,tetapi disebabkan itu jugalah Makcik Temah menolak.Katanya dia tidak layak pada Hana yang bekerja sebagai arkitek. Kemudian Daniel datang pula bertemu dengan ibunya,Makcik Senah,kerana ibunya ini jenis orangnya mudah dan tidak memilih,lantas pinangan Daniel diterima.Mujurlah Daniel ini seorang yang baik.Dia tahu Daniel sengaja tidak mahu mendedahkan kekayaan yang dimilikkinya,lelaki itu mahu mencari isteri yang benar-benar ikhlas dengannya bukan sebab harta. “Dah sedia?”Tiba-tiba satu suara datang menegur.Kepala Makcik Senah terjegul di pintu bilik. “Mak cik,Aisya memang dah ready dari tadi.Diapun dah tak sabar nak kahwin,betul tak Aisya?”Hana menghampiri Makcik Senah lalu memaut lengan.Dia berdiri di samping Makcik Senah. Aisya tersipu malu.Segera dia bangun.Mungkin dah tiba waktunya. Hana menutup album lamanya lalu disimpan di dalam laci.Dia tersenyum sendiri sambil memandang wajahnya pada pantulan cermin.Sebentar lagi dia akan diijab kabulkan dengan lelaki pilihan hatinya,3 tahun mereka bercinta akhirnya mereka dapat bersama juga.Hana mengharapkan kehadiran Aisya,sahabat baiknya.Tapi dia tahu hal itu mungkin tidak akan terjadi,Aisya sudah 3 tahun meninggal setelah melahirkan anak sulungnya bersama Daniel.Sebagai menghormati hubungan rapatnya bersama Aisya,Daniel datang bersama anaknya Luqman Hakim. Aku dah nak kahwin Aisya,dulu kau teringin nak tengok aku naik pelamin.Tapi takpa,ada Dani dan Luqman tolong tengokkan untuk kau.Bisik hatinya gembira. Hana berdebar menanti kehadiran pengantin lelaki.Dia memegang telefon berjenama Samsung miliknya,dia ternanti-nanti panggilan dari bakal suaminya,Alif.Jam sudah menginjak angka 12 tengah hari,sepatutnya kelurga Alif sudah tiba,kerana akad nikah hanya akan berlangsung dalam beberapa minit saja lagi.Hana resah.Mundar mandir dia di dalam bilik sambil mendail nombor Alif. ‘Alif,mana awak ni?Kenapa lambat sangat?’Hatinya bermonolog resah. “Hana?”Tegur makcik Temah. “Ibu,Alif sampai tak lagi?”Soal Hana lalu menghampiri ibunya. Pintu bilik ditutup rapat.Dalam bilik itu cuma mereka berdua saja berada. “Belum.Mana diorang ni Hana?Kejap lagi majlis dah nak mula,tok imam pun dah sampai tu.”Ujar makcik Temah yang turut resah.Tetamu-tetamu yang hadir juga sudah mulai bising,bertanyakan bakal menantu yang belum juga datang. Hana berdiri.Sekali dia menghubungi Alif,tapi tidak dapat disambungkan.Kemudian dia menghubungi Puan Milah,ibu Alif juga tidak dapat.Ya Allah,mana Alif ni?Sedang dia godek-godek telefon bimbitnya,tiba-tiba dia mendapat panggilan dari ayah Alif,Encik Kasim.Segera dia menjawabnya. “Asssalammualaikum pakcik.Pakcik kat mana ni?”Tanya Hana terus.Dia bimbang jika berlalu sesuatu pada mereka. “Waalaikumussalam,Hana…”Suara Encik Kasim kedengaran sebak.Suaranya tersekat-sekat dan tertahan. “Ya pakcik,ada apa-apa yang berlaku ke?”Soal Hana yang mulai kalut.Hatinya tiba-tiba berdetak kencang,seolah-olah ada sesuatu yang buruk berlaku. “Hana,pakcik minta maaf.Majlis nikah terpaksa dibatalkan,kami sekeluarga tak dapat datang.Alif minta maaf,dia…dia tak dapat nak teruskan.”Encik Kasim berhenti di situ. Hana terpana,dia jatuh terduduk di atas lantai.Telefon bimbitnya turut terlepas dari genggaman,tubuhnya juga terketar-ketar.Tanpa kata Hana menangis kuat.Air matanya deras turun membasahi pipi,habis mascara yang dipakaianya turut cair.Makcik Temah yang melihatnya segera mendapatkan Hana,dia memegang bahu Hana sambil meminta penjelasan. “Kenapa ni Hana?Kenapa?Kenapa dengan Alif?”Soal Makcik Temah bertalu-talu.Wajah tuanya menggambarkan hatinya turut bimbang dan gusar. “Alif,dia…dia tak jadi kahwin dengan Hana.”Ujar Hana tersekat-sekat.Dia tersedu-sedan bersama air mata yang masih turun.Segera dia peluk tubuh ibunya,menggogoi seperti anak kecil. “Ya Allah…kenapa jadi macam ni Hana?” Hana hanya mampu menggeleng,dia sendiri tidak tahu mengapa Alif sanggup membatalkan pernikahan mereka disaat akhir.Dia pandang wajah Makcik Temah,dia kesiankan ibunya.Malu mereka jika majlis ini terpaksa dibatalkan tiba-tiba.Tapi apakan dayanya,Alif tidak akan muncul hari ni. Makcik Temah berdiri sambil matanya memandang ke arah luar rumah melalui tingkap,kelihatan tetamu yang hadir semakin ramai.Hatinya gundah dan gelisah,malunya dia jika majlis ini dibatalkan,apatah lagi majlis perkahwinan anaknya ini diadakan secara besar-besaran. ‘Malu aku kalau anak aku tak jadi kahwin.Apa nak buat ni?’Makcik Temah diam sebentar,kemudian tanpa kata-kata dia keluar meninggalkan Hana. Selepas ibunya keluar Hana menangis sepuas-puasnya,wajahnya comot dengan mekap yang sudah rosak. “Ibu,maafkan Hana.Alif,kenapa buat Hana macam ni?”Dia bermonolog sendiri. “Senah!”Panggil Makcik Temah yang sedang berada di ruang tamu.Dia menggamit temannya supaya datang dekat dengannya. “Hah,apa halnya Temah?Mana Hana?” Tanpa dipinta Macik Temah menarik tangan jirannya masuk ke dalam bilik Hana. “Eh,Hana?Kenapa ni?”soalnya lalu merapati tubuh Hana.Tangan tuanya mengusap belakang Hana yang masih belum reda dari tangis.Kemudian dia pandang wajah Makcik Temah meminta penjelasan.Makcik Senah turut terkejut. “Malu aku Nah,Alif tunang Hana tiba-tiba taknak kahwin pulak.Tu pasal Hana nangis macam orang mati laki.”Ujar Makcik Temah kuat.Dia terduduk di atas kerusi.Kepalanya runsing memikirkan masalah yang tidak diduga ini.Segala persiapan sudah dibuat,ikutkan hatinya dia tidak mahu batalkan majlis pernikahan ini. “Habis tu kau nak buat apa Mah?” Makcik Senah jelas terkejut.Dia pandang Hana dan Makcik Temah silih berganti.Kesian pada jirannya,dah la Hana satu-satunya anak Makcik Temah.Pasti temannya itu terpukul sangat. “Tu la pasal,aku nak minta tolong kau.Aku kalau boleh taknak batalkan majlis ni.Hmm…kalau boleh aku nak kau tanyakan si Daniel tu.Sudi tak nikah dengan Hana?”Entah tiba-tiba muncul idea itu dalam fikirannya.Daniel duda anak satu itu masih belum berpunya. Soalan makcik Temah meluruhkan jantung Hana,pantas dia menoleh memandang wajah ibunya.Tak!Tak mungkin dia kahwin dengan lelaki itu.Dia tak cintakan Daniel,dalam hati dia masih harapkan Alif sebagai suaminya.Lagipun Daniel adalah suami sahabat baiknya,mana mungkin dia merampas lelaki itu. “Ibu,apa ni?!Hana taknak.Kita batalkan aje majlis ni.”Ujarnya lalu mengesat air mata. “Kau gila Hana!Ibu taknak tanggung malu,dah la duit banyak habis nak buat majlis ni,takkan batalkan macam tu aje.”Riak wajah Makcik Temah berubah,dah la hatinya masih marahkan Alif,sekarang ni pada Hana pula.Dia tak kira,Hana mahu ataupun tidak,kali ini Hana perlu ikut cakapnya. “Ibu…”Hana mula ingin membantah,dia berdiri menghadap Makcik Temah.Lantas tangan ibunya diraih dan dicium. “Ibu,tolonglah.Hana nak kahwin dengan Alif.Hana cintakan dia.” “Hana!Kau tak malu ke?Apa kata orang kampung nanti?Kau masih nak terima laki tu sebagai suami kau lepas apa dia dah buat?Dia malukan kita tahu tak?!Dia malukan aku!”Makcik Temah tidak mampu mengawal perasaan marahnya,hampir saja dia menengking anak tunggalnya ini.Bukan dia tak kesiankan Hana,tapi hatinya sakit sangat dengan perbuatan tunang anaknya itu. “Dah,dah la Temah.Jangan kau marahkan anak kau ni,dia tak salah.Yang salah tu Alif.”Makcik Temah cuba meredakan keadaan.Dia menggosok bahu temannya itu. “Macam mana Senah,boleh tak kau tolong aku ni?”Soalnya Makcik Temah masih berharap.Dia tiada pilihan lain selain memilih duda anak satu itu,hendak minta tolong orang lain dia tidak tahu siapa.Semua sepupu Hana sudahpun berkahwin. “Ya la,aku tanya dia dulu.Tapi aku tak berani nak janjilah,kau pun tahukan sejak Aisya meninggal mana dia mau cari ganti.”Ujar Makcik Senah akhirnya.Menantunya Daniel sudah lama menduda,kesian lelaki itu terpaksa menjaga anak kecilnya.Kalau dia mahu menikah lain ada juga orang yang boleh jagakan dan uruskannya. Hana sudah tidak terkata apa lagi,dia gerun melihat ibunya yang sedang marah ini.Dalam hati dia berharap Daniel tidak akan menerima cadangan gila ini.Lagipun dia tahu Daniel orangnya setia,walaupun Aisya sudah 3 tahun pergi meninggalkan mereka,tidak pernah sekalipun Daniel menyuarakan pendapat untuk mencari pengganti Aisya.Hana yakin yang Daniel pasti tidak akan bersetuju. Daniel terdiam mendengar pertanyaan bekas ibu mentuanya.Dia pandang wajah itu dengan wajah tidak percaya,kesian Hana.Tak sangka Alif yang disangka lelaki baik sanggup memalukan keluarga Makcik Temah.Tapi hendak menerima cadangan makcik Temah dan makcik Senah dia belum mahu,hatinya masih sayangkan arwah Aisya,kalau boleh dia tidak mahu menduakan cintanya ini pada perempuan lain. “Mak tak kisah,kalau Dani tak setuju.Lagipun ni cuma cadangan.”Ujar Makcik Senah bila melihat menantunya terdiam lama. “Kalau Dani tak setuju,makcik Temah nak buat apa mak?Dia nak minta tolong sapa lagi?” “Entah la,mak pun tak tahu.Nak minta tolong sepupu lelaki Hana semuanya dah kahwin,agaknya batalkan aje la majlis hari ni.” Daniel diam lagi,dia sendiripun pening kepala.Nak terima ataupun tidak.Kalau dia tolak maknanya keluarga Hana menangung malu,kalau dia terima maknanya dia akan menduakan Aisya.Aduh,susahnya nak buat pilihan,dah la makcik Temah adalah jiran merangkap sahabat baik ibu mentuanya.Kedua-dua orang tua ini sudahpun dianggap seperti ibunya.Setiap kali pulang ke kampung arwah Aisya tak pernah sekali dia lupa bertandang ke rumah Makcik Temah. “Mak rasa apa yang patut Dani buat?”Dia garu kepala yang tidak gatal.Pandangannya terarah pada wajah yang sudah dimamah usia itu. Makcik Senah mengeluh seketika.Dia bukan hendak memaksa,tapi apa salahnya jika dia menyuruh menantunya menerima Hana saja.Lagipun dia kenal sangat Hana tu macam mana,orangnya baik hati dan cuma sedikit kasar,tapi dia tahu Hana memilikki hati yang lembut.Sekurang-kurangnya Luqman Hakim ada seorang ibu.Sekurang-kurangnya dia dapat juga membantu temannya itu.Selain itu,dia turut kesiankan Daniel,lelaki itu sendirian menguruskan anaknya walaupun dibantu ibu kandungnya sendiri. “Hana tu baik,cuma dia kasar sikit aje.Rugi kalau tolak Hana,lagipun dia kawan baik arwah Aisya.Mak rasa arwah Aisya sendiripun tak kisah kalau Dani kahwin dengan kawan baik dia.Sekurang-kurangnya dia dah kenal siapa yang layak untuk ganti dia sebagai ibu pada Luqman.Hmm…entah la,terpulang pada Dani nak terima ataupun tak.Mak cuma boleh bagi pandangan mak.” Daniel tidak menjawab,betul juga apa yang dikata Makcik Senah,sekurang-kurangnya mereka semua dah kenal Hana.Tapi dalam hati dia masih gusar untuk menerima Hana.Gadis itu mungkin sukar untuk menerimanya apatah lagi dalam situasi begini.Lagipun dia perlu berbincang dengan mama dan papanya juga. “Hmm…mak,Dani tak mahu………..” Selepas itu Daniel terus beredar masuk ke dalam rumah.Makcik Senah menghela nafas lega,ketika kakinya melangkah ingin meninggalkan rumahnya menuju ke rumah Makcik Temah,tiba-tiba Sarah datang.Anak sulungnya seperti ingin tahu isi perbualan mereka sebentar tadi. “Mak sembang apa dengan Dani tadi?Macam serius aje.” “Takda apalah,dah jom kita pergi rumah sebelah.Kesian makcik Temah mesti dah lama dia tunggu mak.”Ujar Makcik Senanh,mereka beriringan menuju ke rumah Makcik Temah. “Mak,kenapa lambat sangat majlis nak mula ni?Orang dah ramai datang.”Luah Sarah lagi,hatinya sendiri tertanya-tanya.Sepatutnya majlis akad nikah bermula sejam yang lalu,tapi sekarang ni dah lewat sejam.Mananya pengantin lelaki? “Dah,Sarah jangan cakap apa-apa lagi.Jom,nanti Sarah tahulah.” Makcik Senah malas melayan pertanyaan anak perempuannya.Biarlah masalah ini diselesaikan dulu barulah dia memberitahu.Kalau boleh dia tidak mahu malukan Makcik Temah di depan anaknya,nanti apa pula katanya.

#salza#cintasuci#hayatimatsalleh
Bab TajukBaca